.the longer your hide your feelings for someone, the harder your fall for that individual.

Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya Aidilfitri 2014 dari saya & family buat semua customer semua
Semoga lebaran kali ini lebih mengeratkan hubungan kt sesama manusia




Wednesday, 16 July 2014

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama


 

Tuesday, 8 July 2014

ROKOK-JOM SIHAT TANPA ROKOK


Kenali 6 Makanan Bantu Si Dia Berhenti Merokok


Adakah si dia ingin berhenti merokok ? Jom ketahui Tips Berhenti Merokok di sini..

Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk membantu si dia berhenti merokok, cuba ambil makanan yang dapat membantu untuk berhenti merokok.

Sungguhpun begitu, makanan ini hanyalah sebagai penyokong untuk berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat dan kesungguhan sebenar.

Antara Tips Berhenti Merokok adalah seperti berikut:


1.Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.


2.Makanan Masin

Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.


3.Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peralirandarah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.


4. Kayu Manis

Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!


5. Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.


6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.

Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.

Credit: www.wom.my