.the longer your hide your feelings for someone, the harder your fall for that individual.

Friday, 31 October 2014

kek merekah






Persoalan dan Jawaban mengapa Kek yg kita masak tak menjadi




Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven
=> Jawaban: Kek belum masak betul.
Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah
=> Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah.
Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula
=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna.
Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek
 => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut.
Kek tenggelam atau bantat
=> Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ).
Kek berderai bila dipotong
 => Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang.
Kek melekat pada loyang pembakar
 => Jawaban: terlalu banyak gula ataupun jika menggunakan loyang yg baru sebaiknya sapukan loyang dgn mentega atau lapisi dgn kertas kek.
Kek naik dan pecah dipermukaan
=> Jawaban: Loyang terlalu kecil, suhu oven terlalu panas.
Keliling kek menjadi keras
=> Jawaban: Adunan dipukul terlalu lama sebenarnya setelah mentega dan gula cukup kembang kemudian masukkan tepung kaupbalikan saja sehingga sebati. ataupun suhu oven terlalu panas
Kek hampir hangus tp bahagian tengah tetap tidak masak
 => Jawaban: Suhu oven terlalu panas, kek dibakar terlalu lama, loyang terlalu kecil.
Kek pucat dibahagian tengah
=> Jawaban: Loyang terlalu besar

Tips2 dari Chef Wan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek yg cantik.
Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega/telur
Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut.
Begitu juga telur.
Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan.
Ini menggebukan lagi kek itu.
Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar.
Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu.
Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan saja adunkan tepung hingga ia sebati .
Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan loyang terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
Gula yang digunakan melebihi sukatan
Terlalu banyak cecair
Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
Sukatan serbuk penaik tidak tepat
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
Tepung tidak sesuai
Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
Bancuhan tidak dipukul sebati
Terlampau banyak cecair
Tepung terlalu sedikit
Suhu ketuhar tidak cukup panas

Thursday, 30 October 2014

Monday, 27 October 2014

Baju frozen Elsa



 


FROZEN ELSA PRINCESS DRESS


RESTOCK ITEM
READY STOK
Size 90   3-4 years -available
Size 100 4-5years -available
Size 110 5-6years -available
Size 120 6-7years -available
Size 130 7-8years -available

Best price Rm38
Harga tidak termasuk kos penghantaran

First pay first serve

TELEGRAM/ WHATSAPSS 0187844325

Tips buat kek




TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT
Musim membuat kek dan biskut untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.

Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.



Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.
Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter.



Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya. Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.
Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.
Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.
Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.
Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.
ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat. Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.
Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.
Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper.
Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.
Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.
Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.
Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.
Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.
Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.
MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.
Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikit
Jika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.
Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.
KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
Suhu ketuhar terlampau tinggi
Gula dan mentega di pukul tidak cukup gebu
Kekurangan tepung atau telebih gula
Masa membakar terlalu pendek
Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuhar
Serbuk penaik berlebihan
KEK MEREKAH
Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangus
Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi
Kandungan serbuk penaik terlalu banyak
Sukatan tepung terlebih
Masa membakar terlalu lama
KEK CHIFFON PENYEK
Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kaku
Kek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakar
Bila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.
TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu

Friday, 24 October 2014

Set Honey Vit E

Hasil sehebat & setanding set TAB...
Tp lebih murah & berbaloi
Telah terbukti kesannya
Jika tidak percaya boleh la beli,cuba & buktikan sendiri

SET HONEY VITAMIN E HERBA
Diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Collagen (bukan dari sumber haiwan), vaseline.ganoderma.mineral oil.kunyit.madu dan tumbuhan asli. Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINONE yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kerengsaan jika penggunaan berpanjangan.
Kegunaan produk kecantikan yang mengandungi MERCURY atau HYDROQUINONE biasanya akan menyebabkan wajah menjadi merah dan bertambah merah apabila wajah terkena pancaran sinar matahari.

Tetapi, produk HONEY VITAMIN E HERBA tidak demikian kerana ia diadun menggunakan bahan-bahan semulajadi secara profesional. Kesemua produk HONEY VITAMIN E HERBA sangat selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Wajah anda akan menjadi lebih bersinar, putih semulajadi, tidak berminyak & menjadi lebih tegang juga lembut seperti kulit bayi.

HONEY VITAMIN E HERBA berupaya merawat masalah kulit berikut:
- masalah kulit BERJERAWAT
- masalah kulit BERMINYAK serta cenderung BERJERAWAT
- masalah warna kulit TIDAK SEKATA
- masalah kulit BERPORI BESAR
- masalah kulit KUSAM dan TIDAK BERSERI
- masalah JERAGAT (pigmentasi)
- garisan KEDUTAN dan kesan PENUAAN di wajah
- PARUT JERAWAT serta KETIDAKRATAAN kulit wajah
- SUNBURN : mengembalikan warna kulit asal lebih pantas dari biasa

Produk HONEY VITAMIN E HERBA akan menjadikan kulit wajah anda :
- Bersih berseri tanpa noda-noda parut jerawat
- Warna kulit sekata
- Cerah, putih berseri serta bersinar semulajadi walaupun tanpa mekap
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Meremajakan kulit
- Menghilangkan kesan-kesan PIGMENTASI serta JERAGAT
- Mengatasi masalah JERAWAT serta menghalangnya muncul kembali

Setiap set HONEY VITAMIN E HERBA mengandungi :
Set basic
1. Beauty Soap 25g
2. Day Cream 15g
3. Night Cream 15g
Harga asal rm120sem/130ss
Harga promosi ???
Free gift???

FULL SET
1-Beauty soap 25g
2-Day Cream 15g
3-Night Cream 15g
4-Toner 50ml
Harga asal rm180sem/190ss
Harga promosi ???
Free gift???

DIJUAL BERASINGAN
*Toner 50ml
*Uv cream sunblock 15g
*Krim Pelembab 10g
*Krim Jeragat 10g
*Krim Jerawat 10g
*Krim Pemutih 10g








Wednesday, 22 October 2014

7 'C' Suami benci Isteri


1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

Sunday, 19 October 2014

Matahari terbit dari Barat







Cuba kita bayangkan Pada suatu hari 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.

Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?
Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.

Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.

Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat
BERTAUBAT.

Baju Frozen Princess Elsa





FROZEN ELSA PRINCESS DRESS
READY STOK
3 years -available
4 years -available
5 years - available
6 years -available
7 years -available
Best price Rm38.00
tidak termasuk kos penghantaran

TELEGRAM/ WHATSAPSS 0187844325

Thursday, 16 October 2014

Cara pakai eyeshadow








Cara Memakai Eyeshadow :

Jika anda jarang memakai eyeshadow, ia mungkin kelihatan sukar untuk mendapat keputusan yg semulajadi lagi cantik. Walau bagaimanapun, dengan mengikuti beberapa panduan mudah, anda boleh belajar untuk memakai eyeshadow dgn sangat mudah.

Pemilihan Warna.
Mulakan dengan dgn warna2 neutrals. Sebelum eksperimen dengan warna-warna cerah, metallic ataugelap, anda perlu biasakan diri dengan warna2 neutrals.Warna coklat kelihatan cantik dan sesuai pada semua orang. Setelah anda biasa dgn cara mengaplikasi eyeshadow, anda boleh mula bereksperimen dengan warna-warna yang lebih terang dan berani.

Jika anda menghadapi masalah memilih warna, terdapat pelbagai rangkaian kosmetik yg menawarkan pelbagai kit eyeshadow yang berbeza warna yang biasanya mengandungi dua atau tiga tona warna.


Cara2 Memakai Eyeshadow.
Anda harus mempunyai tiga warna dalam keluarga warna yang sama. Anda akan menggunakan warna cerah pada tulang kening, warna yang paling gelap pada tulang mata/pelipat mata dan sederhana pada kelopak mata.

    * Gunakan berus eyeshadow atau aplikator span (gunaberus lebih baik) dan sapukan warna yang paling cerah dibawah kening. Sapukan secara nipis sahaja
    * Sapukan eyeshadow warna sederhana ke atas seluruh kelopak mata anda sehingga ke tulang mata / pelipat mata
    * Tambah eyeshadow gelap ke tulang mata / pelipat mata anda menggunakan berus.
    * Gunakan berus atau hujung jari anda perlahan-lahan blend kan warna antara satu sama lain supaya ia tidak kelihatan seperti garis yang nyata.
    * Gunakan span utk membuang/ memadam kesilapan atau kesan comot eyeshadow anda

Lakukan eksperimen dengan teknik eyeshadow anda sehingga anda dapat teknik yang anda suka dan sesuai dgn anda. Sebaik sahaja anda selesa menggunakan warna-warna neutral, mula bereksperimen dengan warna2 pastel, metallic, cerah dan gelap.


Tips mekap


Solekan ringkas sesuai keadaan

Untuk tampak menarik dan sempurna, oleskan saja asas solekan pada wajah seperti bedak asas, pemerah pipi, celak, pembayang mata, maskara dan gincu.

Elakkan bersolek tebal kerana ia akan menyebabkan wajah kelihatan comot apabila berpeluh jika tidak tahu teknik sebenar, apatah lagi solekan dipakai sepanjang hari.
Namun, pastikan sebelum menyapu solekan pada wajah, pakai pelembap muka terlebih dulu bagi memastikan kulit tidak berkilat atau terlalu kering yang akan menjejaskan penampilan.

Solekan mata memainkan peranan penting untuk menjadikan wajah kelihatan berseri dan bermaya.


SAPU bedak kompak selepas mengenakan bedak asas.


“Teknik solekan yang betul harus sesuai dengan tema pakaian yang dipakai. Selain itu, ia juga harus mengikut keadaan cuaca, siang atau malam kerana tidak semua teknik solekan sesuai ditampilkan setiap masa.


“Lebih selamat jika mengenakan solekan sederhana dengan pemilihan warna pembayang mata yang mudah dipadankan dengan semua warna pakaian.

“Sebaiknya, pilih pembayang mata berwarna gelap atau keemasan yang boleh dipadankan dengan pelbagai rona baju digemari,” katanya.

Selain mudah, ia menjimatkan masa dan kos tanpa perlu bersusah payah membeli warna mengikut pakaian untuk tampil senada.

Jika mahukan kelainan pada warna gelap pembayang mata, gunakan rona hitam di bahagian bawah kelopak mata manakala di lapisan atasnya pula dengan ton biru.

Selepas itu, campurkan kedua-dua warna pembayang mata berkenaan menggunakan berus agar ia kelihatan rata dan tampak menarik.

Untuk mendapatkan solekan yang kekal lama selepas menggunakan bedak asas, basahkan span sedikit dan tekap pada bedak kompak sebelum disapu pada wajah.

Kemudian, sapu bedak kompak sekali lagi menggunakan span kering agar solekan kekal di wajah tanpa menyebabkannya comot. Lengkapkan solekan dengan sapuan pemerah pipi dan gincu mengikut jenis kulit agar tidak tampak keterlaluan pada penampilan.

Solekan yang mudah dan ringkas jika pandai diadun pasti menampilkan wajah anggun dan sempurna, apatah lagi perlu berada di bawah terik matahari.


Cara elak solekan cair ketika terdedah cuaca panas:

1. Pastikan kulit wajah sentiasa kering sebelum memulakan solekan. Elakkan memakai solekan apabila wajah basah selepas mandi. Keringkan air dengan cara mengelap atau biarkan ia kering dengan sendiri.

2. Jangan bersolek terlebih dulu jika ada tugasan atau aktiviti lain yang belum diselesaikan seperti bersarapan, minum air atau menggosok baju. Ia bagi mengelakkan solekan menjadi comot dan sia-sia kerana perlu diperkemas semula.

3. Sapukan lembapan pada wajah sebelum mengenakan alat solekan bagi memastikan ia kekal lama, kelihatan segar dan tidak kering.

4. Bagi mereka yang memiliki wajah berminyak, sebaiknya pilih pelembap daripada jenis losen atau gel yang boleh meresap minyak berbanding krim.

5. Pilihan bedak asas debu lebih baik jika terpaksa berhadapan dengan cuaca panas berbanding jenis cecair kerana ia mudah luntur dan berkilau disebabkan kandungan minyaknya yang tinggi.

6. Elakkan menyapu bedak asas terlalu tebal bagi menutup cela pada wajah sehingga kelihatan seperti memakai topeng muka. Gunakan berus atau span sesuai bagi meratakan bedak asas agar sapuan lebih rata dan nipis.

7. Elak menyapu bedak asas pada seluruh wajah kerana hanya sesetengah orang saja yang perlukannya. Sebaiknya, sapu di bahagian kulit yang mempunyai masalah tidak sekata seperti di bahagian hidung.

Untuk kesan sapuan tampak semula jadi, pilih bedak asas jenis lutsinar dan bertekstur ringan.





Saturday, 11 October 2014

PUERARIA MIRIFICA





KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA

Menyeimbangkan hormon estrogen.
Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
Membantu meningkatkan selera makan
Menambah tenaga dan meningkatkan semangat
Membantu memulihkan daya ingatan
Melancarkan perjalanan darah
Membantu mengatasi masalah sukar tidur
Memantapkan payudara
Membaiki sistem jantung
Mengandungi pyto estrogen iaitu hormon untuk pembentukan wanita
Mengaktifkan collagen (bahan asas untuk menghaluskan / menegangkan kulit)
Bertindak sebagai anti kanser
Mengurangkan kadar gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
Merawat keputihan
Membaiki perjalanan kitaran darah
Menghilangkan kemurungan
Menghilanngkan kedutan dan garisan halus pada wajah
Meratakan seluruh warna kulit
Mengangkat pungung
Kuku tidak kering atau rapuh
Membantu tumbesaran pada anak-anak gadis
Merangsang kelenjar susu

Nova A2D







Alhamdulillah dgn izin Allah
A2d skin white ready stok
Jom pakat2 cerah gebu sihat sama2
Sesuai untk wanita berkahwin dan juga yg belum berkahwin

Kenapa perlu bayar lebih untuk 1 jenis fungsi produk? Anda sudah beli macam-macam produk untuk kulit putih? Anda juga sudah beli produk khusus untuk menganjalkan payudara? Kenapa bazirkan duit untuk beli pelbagai jenis produk hingga habis beratus2 ringgit?
SESUAI UNTUK PEREMPUAN YG BELUM BERKAHWIN & SUDAH BERKAHWIN

Nova A2D SkinWhite Produk 2 Dalam 1 mempunyai 10 manfaat serta fungsi utamanya ialah :-

1) Membesarkan & menganjalkan
Payudara

2) Memandatkan serta menaikkan Pinggul serta
Punggung yang jatuh

3) Mencerahkan kulit sehingga 4 TONA LEBIH CERAH
berbanding tona asal

4) Mengatasi masalah tompok hitam, jeragat, jerawat,
pigmentasi, liang pori

5) Menambahkan kuantiti susu badan

6) Merendahkan risiko kanser payudara dan kanser rahim

7) Membantutkan pengeluaran bulu roma dan
tingkatkan hormon wanita (estrogen)

8 ) Membantu mengurangkan gejala pre menopause
dan simptom haid

9) Meninggikan metabolism tubuh bagi mengelakkan kegemukan

10) Meningkatkan kesuburan serta
meningkatkan nafsu seksual wanita

Dengan Sebotol Sahaja Bagi NOVA A2D SKINWHITE
1 JUTA MILIGRAM / 1KG ( Tahan 1 -3 Bulan Sebotol)

*Free Vitamin C 30 Biji + Free 1 Shaker + Free nano cell serum + Free minyak seabuckthorn (PROMOSI TERHAD)
JADI TUNGGU APA LAGI ??! DAPATKAN NOVA A2D SKINWHITE SEGERA..!! ANDA MAMPU MEMILIKINYA..!!

SMS / WhatsApp " SAYA NAK A2D " dan HANTAR ke 0187844325

Arahan pembelian akan dimaklumkan di dalam SMS. Sebarang pertanyaan juga boleh sms ke nombor 0187844325

EXCHANGE BLOGLIST

EXCHANGE BLOGLIST

Friday, 10 October 2014

Trafik Percuma

Untuk meningkatkan trafik blog anda. 
KakiPing - http://kakiping.com/ telah menawarkan dan membantu para bloggers untuk berkongsi artikel dan dapat membantu meningkatkan trafik di blog anda.

Bagaimana caranya?






1. Pergi ke http://kakiping.com/. Kemudian log masuk ke Kaki Ping. 
Cara yang paling mudah ialah dengan login with facebook
Atau anda boleh daftar menggunakan emel anda



2. Setelah anda log in, anda boleh ping artikel anda di sudut sebelah kanan atas


3. Apa yang anda perlu buat ialah hanya masukkan link url website/blog anda




4. Setelah anda masukkan link anda, klik ping dan paparan ini akan menjelma.
Anda boleh ubah tajuk, deskripsi dan juga pilih kategori artikel anda dan tekan submit artikel

Selain itu http://kakiping.com/ juga menawarkan widget kongsi artikel. Anda boleh memilih untuk memaparkan widget secara menegak, melintang dan juga mini.

Widget menegak



kod widget menegak

<!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : Start --><script type="text/javascript" src="http://kakiping.com/widget/menegak/5.js"></script><!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : End -->

Widget melintang




kod widget melintang


<!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : Start --><script type="text/javascript" src="http://kakiping.com/widget/melintang/5.js"></script><!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : End -->


Widget mini



kod widget mini

<!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : Start --><script type="text/javascript" src="http://kakiping.com/widget/mini/5.js"></script><!-- KakiPing.com Widget Kongsi Trafik : End -->