.the longer your hide your feelings for someone, the harder your fall for that individual.

Friday, 24 October 2014

Set Honey Skincare

Hasil sehebat & setanding set TAB...
Tp lebih murah & berbaloi
Telah terbukti kesannya
Jika tidak percaya boleh la beli,cuba & buktikan sendiri

SET HONEY SKINCARE
Diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Collagen (bukan dari sumber haiwan), vaseline.ganoderma.mineral oil.kunyit.madu dan tumbuhan asli.

Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINONE yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kerengsaan jika penggunaan berpanjangan.

Kegunaan produk kecantikan yang mengandungi MERCURY atau HYDROQUINONE biasanya akan menyebabkan wajah menjadi merah dan bertambah merah apabila wajah terkena pancaran sinar matahari.

Tetapi, produk HONEY SKINCARE tidak demikian kerana ia diadun menggunakan bahan-bahan semulajadi secara profesional.
Kesemua produk HONEY SKINCARE sangat selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Wajah anda akan menjadi lebih bersinar, putih semulajadi, tidak berminyak & menjadi lebih tegang juga lembut seperti kulit bayi.

HONEY SKINCARE berupaya merawat masalah kulit berikut:

- masalah kulit BERJERAWAT
- masalah kulit BERMINYAK serta cenderung BERJERAWAT
- masalah warna kulit TIDAK SEKATA
- masalah kulit BERPORI BESAR
- masalah kulit KUSAM dan TIDAK BERSERI
- masalah JERAGAT (pigmentasi)
- garisan KEDUTAN dan kesan PENUAAN di wajah
- PARUT JERAWAT serta KETIDAKRATAAN kulit wajah
- SUNBURN : mengembalikan warna kulit asal lebih pantas dari biasa

Produk HONEY SKINCARE akan menjadikan kulit wajah anda :

- Bersih berseri tanpa noda-noda parut jerawat
- Warna kulit sekata
- Cerah, putih berseri serta bersinar semulajadi walaupun tanpa mekap
- Mengembalikan keanjalan kulit
- Meremajakan kulit
- Menghilangkan kesan-kesan PIGMENTASI serta JERAGAT
- Mengatasi masalah JERAWAT serta menghalangnya muncul kembali

Setiap set HONEY SKINCARE mengandungi :


Trial set
1-Beauty soap
2-Day Cream
3-Night Cream
4-Toner
5-Uv cream sunblock
Rm79

Set basic
1. Beauty Soap 25g
2. Day Cream 15g
3. Night Cream 15g
RM69

EXC SET
1-Beauty soap 25g
2-Day Cream 15g
3-Night Cream 15g
4-Toner 50ml
5-Uv cream sunblock 15g

Sabah/Sarawak tambah rm12

ADA DIJUAL BERASINGAN
*Toner 50ml
*Uv cream sunblock 15g
*Serum Gold 10ml
*Serum Apple 30ml
*Krim Jeragat 10g
*Krim Jerawat 10g
*Krim Siang 15g
*Krim malam 15g
*Sabun 25g











Thursday, 16 October 2014

Tips mekap


Solekan ringkas sesuai keadaan

Untuk tampak menarik dan sempurna, oleskan saja asas solekan pada wajah seperti bedak asas, pemerah pipi, celak, pembayang mata, maskara dan gincu.

Elakkan bersolek tebal kerana ia akan menyebabkan wajah kelihatan comot apabila berpeluh jika tidak tahu teknik sebenar, apatah lagi solekan dipakai sepanjang hari.
Namun, pastikan sebelum menyapu solekan pada wajah, pakai pelembap muka terlebih dulu bagi memastikan kulit tidak berkilat atau terlalu kering yang akan menjejaskan penampilan.

Solekan mata memainkan peranan penting untuk menjadikan wajah kelihatan berseri dan bermaya.


SAPU bedak kompak selepas mengenakan bedak asas.


“Teknik solekan yang betul harus sesuai dengan tema pakaian yang dipakai. Selain itu, ia juga harus mengikut keadaan cuaca, siang atau malam kerana tidak semua teknik solekan sesuai ditampilkan setiap masa.


“Lebih selamat jika mengenakan solekan sederhana dengan pemilihan warna pembayang mata yang mudah dipadankan dengan semua warna pakaian.

“Sebaiknya, pilih pembayang mata berwarna gelap atau keemasan yang boleh dipadankan dengan pelbagai rona baju digemari,” katanya.

Selain mudah, ia menjimatkan masa dan kos tanpa perlu bersusah payah membeli warna mengikut pakaian untuk tampil senada.

Jika mahukan kelainan pada warna gelap pembayang mata, gunakan rona hitam di bahagian bawah kelopak mata manakala di lapisan atasnya pula dengan ton biru.

Selepas itu, campurkan kedua-dua warna pembayang mata berkenaan menggunakan berus agar ia kelihatan rata dan tampak menarik.

Untuk mendapatkan solekan yang kekal lama selepas menggunakan bedak asas, basahkan span sedikit dan tekap pada bedak kompak sebelum disapu pada wajah.

Kemudian, sapu bedak kompak sekali lagi menggunakan span kering agar solekan kekal di wajah tanpa menyebabkannya comot. Lengkapkan solekan dengan sapuan pemerah pipi dan gincu mengikut jenis kulit agar tidak tampak keterlaluan pada penampilan.

Solekan yang mudah dan ringkas jika pandai diadun pasti menampilkan wajah anggun dan sempurna, apatah lagi perlu berada di bawah terik matahari.


Cara elak solekan cair ketika terdedah cuaca panas:

1. Pastikan kulit wajah sentiasa kering sebelum memulakan solekan. Elakkan memakai solekan apabila wajah basah selepas mandi. Keringkan air dengan cara mengelap atau biarkan ia kering dengan sendiri.

2. Jangan bersolek terlebih dulu jika ada tugasan atau aktiviti lain yang belum diselesaikan seperti bersarapan, minum air atau menggosok baju. Ia bagi mengelakkan solekan menjadi comot dan sia-sia kerana perlu diperkemas semula.

3. Sapukan lembapan pada wajah sebelum mengenakan alat solekan bagi memastikan ia kekal lama, kelihatan segar dan tidak kering.

4. Bagi mereka yang memiliki wajah berminyak, sebaiknya pilih pelembap daripada jenis losen atau gel yang boleh meresap minyak berbanding krim.

5. Pilihan bedak asas debu lebih baik jika terpaksa berhadapan dengan cuaca panas berbanding jenis cecair kerana ia mudah luntur dan berkilau disebabkan kandungan minyaknya yang tinggi.

6. Elakkan menyapu bedak asas terlalu tebal bagi menutup cela pada wajah sehingga kelihatan seperti memakai topeng muka. Gunakan berus atau span sesuai bagi meratakan bedak asas agar sapuan lebih rata dan nipis.

7. Elak menyapu bedak asas pada seluruh wajah kerana hanya sesetengah orang saja yang perlukannya. Sebaiknya, sapu di bahagian kulit yang mempunyai masalah tidak sekata seperti di bahagian hidung.

Untuk kesan sapuan tampak semula jadi, pilih bedak asas jenis lutsinar dan bertekstur ringan.